Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

‘Bob Pisau’ Dipenjara 3...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas banduan yang beberapa kali merengkok di dalam penjara...

Mayat Nelayan Lemas Di...

BALIK PULAU - Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika...

Penyanyi Nassier Wahab Meninggal...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal era 1980-an, Datuk Nassier Wahab, 57, meninggal dunia...

Donat Hipster Viral Tarikan...

KUALA KANGSAR - Inginkan donat pelbagai warna dan perisa dengan harga lebih murah...

Kedudukan Cheng Hoe Tak Di Bincang Pada Mesyuarat KFA

ALOR SETAR – Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Badrul Hisham Hashim berkata persatuan itu tidak membincangkan kedudukan ketua jurulatih “Helang Merah” Tan Cheng Hoe pada mesyuarat eksekutif KFA yang diadakan semalam.

Beliau berkata, meskipun terdapat ura-ura Tan bakal digandingkan dengan Mario Gomez bagi mengendalikan skuad Harimau Malaysia, namun pihak KFA tidak membincangkan perkara tersebut.

“Kami langsung tidak menyentuh mengenai perkara itu dan tiada apa yang boleh diberi komen,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Badrul Hisham menjelaskan, kerja menaik taraf Stadium Darul Aman dengan kos RM9 juta akan dijalankan sepanjang Ramadan nanti memandangkan tiada perlawanan pada bulan itu.


“Kerja-kerja baik pulih kini menumpukan pada kerja pembaikan lampu limpah dan padang melibatkan kos RM3 hingga RM4 juta daripada nilai keseluruhan RM9 juta.

“Kami akan pastikan ia siap pada bulan Ramadan ini kerana mengambil jadual perlawanan yang kosong pada bulan itu,” jelasnya. – BERNAMA

Kategori