Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Jerebu: Indonesia Perlu Ambil...

MILAN (Itali) - Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kerajaan Indonesia perlu...

“Itu Politik Bangang, Saya...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya...

PRU15: PAS Hanya Diperalat...

BERA : Perikatan Nasional (PN) hanya mengambil kesempatan dan memperalatkan PAS untuk meraih...

Ronaldo Bakal Sertai Al...

LONDON – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran bernilai £172.9...

Kedah Hantar Bantahan Gol Ofsaid Kontroversi Selangor

ALOR SETAR – Setelah tular di media sosial, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menghantar surat bantahan rasmi hari ini kepada pihak Usaha Sama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FLMP).

Ia susulan mutu pengadilan yang dipertikaikan selepas pengadil membenarkan jaringan penyamaan seorang pemain Selangor kerana didakwa tidak sah pada perlawanan Liga Super di Stadium Selayang, Selangor Rabu lalu.

Setiausaha KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, bukti rakaman video diserahkan kepada FLMP berhubung aksi Juliano Mineiro bergerak memasuki kawasan kotak penalti sebelum bola sempat ditendang Victor Astafei.

Menurut beliau, pihak FLMP diharap supaya kembali meneliti bantahan itu secara serius kerana kecuaian oleh seorang pengadil boleh menjejaskan tumpuan pemain sepanjang sesuatu perlawanan berlangsung.

“Kita tidak salahkan sesiapa tetapi ini hak kita (KFA) kerana mutu pengadilan seperti itu boleh memberi implikasi pada perlawanan akan datang. Kita sedia menanggung risiko selepas menghantar bantahan ini.

Baca: Kontroversi Gol Selangor – Sah Atau Tidak?

“Tambahan pula, Liga Super baru bermula tujuh perlawanan. Mungkin pengadil akan beremosi pada perlawanan akan datang namun ia (bantahan) dibuat untuk membaiki mutu pengadilan,” katanya pada sidang media.


Terdahulu Aminuddin mengadakan pertemuan bersama-sama dengan lapan kelab penyokong bola sepak Kedah di sebuah hotel di sini, hari ini bagi mendengar maklum balas berhubung gol kontroversi pemain Selangor tersebut.

Pada perlawanan itu sepakan penalti Victor berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kedah Ifwat Ikmal Chek Kassim, tetapi Juliano pantas berlari menyambar bola yang tiba-tiba muntah dari Ifwat untuk gol penyamaan Selangor.

Namun ia mengundang kontroversi apabila didakwa bergerak lebih awal. Malah kedudukan pemain tengah Selangor itu sebelum menjaring gol di posisi salah yang turut menjadi tular di media sosial. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori