• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kayveas Mahu Selamatkan Kerusi Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia, (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas membayangkan untuk bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti dan kawasan yang dipilihnya ialah Cameron Highlands yang merupakan tempat asalnya.

Bagaimanapun beliau berkata beliau akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada MyPPP atau parti komponen BN lain yang akan diberi peluang untuk bertanding di kawasan berkenaan.

“Cameron Highlands bukan merupakan kerusi selamat, jadi saya akan pergi ke sana untuk menyelamatkannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi myPPP di Wisma MyPPP di sini hari ini.

Beliau turut melaungkan kesediaan untuk menyahut cabaran calon lain dalam pertandingan sihat tanpa menjejaskan strategi BN memenangi kawasan tersebut.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands kini dipegang bekas presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yang memenanginya pada PRU ke-13.

Pada PRU ke-13, Kayveas bertanding atas tiket BN-PPP di kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar, Teluk Intan, Perak namun tewas kepada Terence Naidu V. Raja (DAP) dengan 13,037 undi.

Kayveas mendapat 5,823 undi manakala Terence Naidu mendapat 18,860 undi. – BERNAMA

Tags: M. Kayveas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kayveas Mahu Saman Pihak Yang Dakwa Beliau Jual Gelaran

17/07/2018
0

PETALING JAYA - Tan Sri M. Kayveas (gambar) iaitu Presiden MyPPP yang dipertikaikan, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan...

Kayveas Sah Dilucutkan Jawatan Presiden MyPPP

27/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Tan Sri M. Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP dan digantikan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz. Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd