• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaunselor Kedutaan Korea Utara Marah Gambar Dirakam

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-song berang apabila pengamal media merakamkan gambarnya yang sedang meletakkan sampah di hadapan kedutaan itu malam tadi.

Yu-song, yang fasih berbahasa Melayu berkata pihak media perlu meminta izinnya terlebih dahulu sekiranya mahu mengambil gambar beliau.

“Ini bukan berita yang baik. Tidak perlu keluar di surat khabar, faham? Jangan…jangan ambil (gambar).

“Kalau kami setuju untuk kamu mengambil gambar saya mesti tanya kepada saya, boleh?” katanya kepada media di hadapan kedutaan itu di sini.

Jurufoto Bernama Zulfadhli Zulkarnain yang sedang bertugas apabila disoal Yu-song menjelaskan kepada beliau bahawa mereka hanya menjalankan tugas.

Beberapa pengamal media tempatan dan luar negara yang berkumpul di hadapan kedutaan itu tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar Yu-song bersama dua lelaki yang mengusung keluar sofa untuk dibuang di hadapan premis itu.

Kedutaan Korea Utara yang terletak di Bukit Damansara menjadi tumpuan media sejak kes pembunuhan Kim Jong-nam bulan lepas.

Hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang tegang berikutan pembunuhan Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Beliau meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital selepas mukanya disapu dengan bahan kimia, yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX semasa menunggu penerbangan ke Macau. – BERNAMA

Tags: Korea Utaramedia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd