• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kesan Lebih 2,600 Kes Plat Palsu 2015-2016

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 2,681 kes membabitkan nombor pendaftaran kenderaan palsu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara Januari 2015 hingga Disember 2016.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nadzri Siron turut memberi contoh plat ‘bakal jenazah’ sebagai tindakan mempamerkan nombor pendaftaran yang tidak wujud atau palsu yang menyalahi undang-undang.

“Ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hukuman denda tidak kurang dari RM5,000 atau tidak lebih RM20,000, atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada mStar Online.

Isnin lalu, dilaporkan penunggang motosikal Yamaha 125 ZR berwarna kuning yang memaparkan nombor pendaftaran ‘bakal jenazah’ ditahan polis di Kota Kinabalu, Sabah.

Baca: Bakal Jenazah – JPJ Beri Amaran Plat Palsu

Isu plat ‘bakal jenazah’ bukan perkara baharu kerana sebelum ini terdapat nombor pendaftaran kenderaan yang sah tetapi diubah suai bagi memaparkan perkataan yang membawa maksud dan gelaran seperti ‘mommy’ dan ‘boss’.

Nadzri berkata, plat nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi juga satu kesalahan mengikut Kaedah 5 dan 6, Kaedah Kenderaan Pendaftaran Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959.

“Kesalahan bagi plat nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi akan dikenakan kompaun RM300,” katanya.

Menurut Nadzri, sebanyak 40,640 kes melibatkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dari 2015 sehingga Januari 2017.

Beliau menambah, JPJ bersama pihak berkuasa lain akan terus menjalankan operasi bagi mengesan nombor pendaftaran palsu atau plat kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

“Ia perlu ditangani bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah selain memudahkan penguatkuasaan bagi mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas,” kata Nadzri. – mStar Online

Tags: JPJPlat Palsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd