• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jong-nam: Kenyataan Polis Akan Ganggu Pelan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang kenyataan Polis Diraja Malaysia berhubung isu kematian Kim Jong-nam hanya akan menganggu perancangan kerajaan dalam hal itu ketika ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata ketika ini ‘sesuatu sedang berlaku’ melibatkan isu berkenaan dan pihak media diminta bersabar.

Khalid meminta semua pihak media untuk memberi kerjasama sehingga perancangan yang dibuat selesai.

“Sesuatu sedang berlaku, bila sampai masa akan ada kenyataan yang akan dibuat. Mungkin bukan daripada saya tetapi daripada pihak lain.

“Sebarang kenyataan sekarang (isu Jong-nam) hanya akan menggugat perancangan yang sedang dirancang kerajaan,” kata Khalid, yang enggan mengulas lanjut, selepas menghadiri majlis bingkisan kasih Orang Kota Bharu (OKB) bersama PDRM, di sini.

Pada majlis itu, Khalid dianugerahkan Tokoh Satria Negara daripada Persatuan OKB.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas oleh dua wanita menggunakan agen saraf VX yang sangat bertoksik.

Sejak kejadian itu, hubungan diplomatik antara Korea Utara dan Malaysia terjejas berikutan kenyataan yang diberi bekas Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol.

Pada 4 Mac lepas, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai ‘Persona Non Grata’ selepas beliau gagal hadir apabila dipanggil oleh Wisma Putra.

Beliau meninggalkan Malaysia pada 6 Mac lepas. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-Namkhalid abu bakarKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd