• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKOAM Sukarkan Kerajaan Negeri Berbincang

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan hari ini berkata tindakan sebuah pertubuhan yang didakwa mengapi-apikan Orang Asli menjadi antara penyebab timbul kesulitan di antara masyarakat itu dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah berkaitan aktiviti pembalakan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) mendakwa mereka mewakili masyarakat Orang Asli dalam isu berkenaan, namun ia merupakan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dan pandangan mereka tidak boleh diambil kira.

“Sebab itu agak sukar untuk kerajaan berurusan dengan JKOASM walaupun mereka mengaku mereka adalah wakil Orang Asli.

“Mengikut maklumat yang ada pada kita, JKOASM ini adalah di belakang tindakan sekatan Orang Asli. Mereka juga mengapi-apikan Orang Asli dengan isu tanah adat, padahal tanah adat hanya ada di Sabah dan Sarawak sahaja,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ab Aziz Yusoff (BN-Galas) yang ingin tahu mengenai inisiatif yang telah dan sedang diusahakan kerajaan negeri dalam memberikan kelulusan tanah kepada Orang Asli sebagai rizab penempatan mereka.

Mohd Amar berkata kerajaan negeri telah meluluskan dan mewartakan 11,587.433 hektar tanah membabitkan tujuh kawasan di Gua Musang sebagaimana yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Beliau berkata masyarakat Orang Asli sebelum ini mengemukakan tuntutan tidak munasabah iaitu mereka mahu sebuah keluarga diberikan tanah seluas 20 hektar seorang.

“Masyarakat Orang Asli di Kelantan ini hanyalah sekitar 8,000 orang sahaja. Jika kesemua mereka diberikan tanah 20 hektar, maknanya kerajaan negeri kena peruntukkan lebih 80,000 hektar tanah kepada mereka. Jika ini berlaku, bagaimana kita nak laksanakan pembangunan dan mengeluarkan hasil hutan,” katanya.

Menyentuh mengenai kubur masyarakat Orang Asli yang diganggu pembalak pula, beliau berkata masyarakat berkenaan tidak mempunyai tanah perkuburan yang khusus dan mengebumikan mayat orang yang telah meninggal dunia itu dengan cara menggantungnya di atas pokok.

Sementara itu, Ab Aziz ketika ditemui di luar dewan berkata ada kira-kira 7,000 masyarakat Orang Asli telah memeluk Islam dan mempunyai tanah perkuburan Islam sendiri.

“Mereka (Orang Asli beragama Islam) ada kubur bukan tanam (mayat) atas pokok. Sudah tentu ada tempatnya tapi pembalak tak ambil kira perkara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd