• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Seksual: Anak VIP Juga Tak Selamat

oleh Ahmad Albab
31/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jenayah seksual melibatkan kanak-kanak boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, walaupun kepada anak seorang ahli Parlimen.

Ahmad (bukan nama sebenar), 23, telah diliwat oleh orang yang tidak dikenali ketika berusia enam tahun. Malangnya, sehingga kini bapanya masih tidak tahu tentang kejadian tersebut.

“Ketika saya membesar, bapa saya begitu sibuk dan kami hanya akan menelefon atau menghantar mesej kepadanya apabila ada perkara serius atau untuk bercakap secara ringkas.

“Apabila berlaku kejadian itu, bapa saya baru sahaja mahu menjadi ahli Parlimen, jadi saya dan ibu tidak mahu mengganggunya.

“Saya rasa dia harus tahu apa yang berlaku, tetapi saya tidak mahu dia rasa bersalah kerana terlalu sibuk dengan kerja dan jika bukan kerana kesibukannya itu, ia mungkin dapat dielakkan,” katanya.

Kajian menunjukkan bahawa seorang dalam 10 kanak-kanak akan mengalami beberapa bentuk penderaan seksual sebelum mereka berusia 18 tahun. Untuk kanak-kanak perempuan, angka itu mungkin boleh menjadi seorang dalam lima orang.

Seperti ramai mangsa penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak yang lain, Ahmad tidak membuat laporan polis dan hanya memberitahu ibunya apa yang telah berlaku beberapa tahun kemudian.

“Kami tak tahu apa yang perlu dibuat. Ia berlaku pada 2007 dan ini merupakan isu mengaibkan dan jarang-jarang berlaku, jadi orang yang tahu mengenai perkara ini adalah ibu, kakak dan nenek saya,” katanya.

Ahmad hanya menyedari bahawa apa yang dialaminya adalah satu serangan seksual apabila beliau menonton filem The Kite Runner pada usia 12 tahun.

Beliau kemudian menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya, yang menyalahkan dirinya selama beberapa minggu.

“Saya terpaksa duduk di dalam bilik, berpura-pura tidak mendengar ibu saya menangis dan memohon ampun.

“Mula-mula ia begitu sukar, saya tidak fikir saya boleh berdepan perkara ini sekali lagi dengan bapa saya,” katanya.

Ahmad kini sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda dan berharap dapat menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama. – mStar Online

Tags: Jenayah Seksual Kanak-Kanakpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd