• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Tetap Di Hati Saya – TMJ Ulas Setelah Terajui FAM

oleh
28/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa berada di hatinya meskipun kini memikul tugas baharu sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dalam kenyataan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers memberitahu bahawa menjadi Presiden FAM bukan satu kejayaan, sebaliknya satu beban dan tanggungjawab berat.

TMJ yang menang tanpa bertanding dalam Kongres FAM ke-53, di Petaling Jaya pada Sabtu lalu turut menambah, biarpun tidak pernah berhasrat menerajui badan bola sepak negara itu, namun baginda perlu berkorban.

“Bagi saya, pergi FAM bukan satu kejayaan tetapi ia adalah satu beban dan tanggungjawab. Saya tidak pernah mahu menjadi presiden tetapi kadangkala mereka perlu berkorban untuk apa yang mereka sayang.

“Pada saya, FAM adalah satu tugasan tetapi JDT sentiasa berada di hati dan tempat di mana saya sayangi. Dan untuk melindungi apa yang saya sayangi, saya juga perlu berkorban.

“Dan pengorbanan itu adalah untuk saya pergi ke FAM,” titah baginda lagi menerusi entri berkenaan yang turut dicatat terjemahannya dalam bahasa Inggeris dan diakhiri ungkapan “Kepada Allah kami berserah”.

Catatan peribadi TMJ lewat malam Isnin itu setakat ini mendapat lebih 9,000 tanda suka selain dikongsi kira-kira 914 kali dan menerima lebih 200 komen daripada netizen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FAMJDTTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd