• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Di Kampung Semerbok, Kota Terputus

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Hujan lebat yang berlaku petang semalam menyebabkan sebuah jambatan di Kampung Semerbok, Kota dekat sini terputus ekoran hakisan di tebing sungai.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) negeri, Mejar Mohd Rohaidi Halim berkata kejadian yang berlaku pagi tadi bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Jambatan itu terputus ekoran daripada hujan dan air sungai yang naik mendadak dan menghakis permukaan tanah di sekitar jambatan.

“Kejadian ini tidak menjejaskan penduduk yang tinggal di Kampung Semerbok kerana ada laluan alternatif untuk ke pekan Kota,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rohaidi berkata pihak Jabatan Kerja Raya sudah melakukan pemantauan dan jambatan terbabit kini ditutup sebagai langkah keselamatan orang ramai.

“Anggota APM sentiasa memantau keadaan sekitar dan beberapa pusat pemindahan dalam mod bersedia sebagai langkah berjaga-jaga dan siap siaga untuk urusan mangsa berpindah sekiranya diarahkan perlu,” katanya.

Sementara itu, Rohaidi berkata hujan lebat petang semalam turut menyebabkan beberapa kampung dilanda bajir kilat.

“Setakat pagi tadi, 22 keluarga dari Kampung Bangsal Atap, Kampung Sungai Raden dan Kampung Sungai Timun, terjejas akibat banjir kilat sedalam satu meter.

Jika keadaan berterusan cerah sehingga ke petang, dijangkakan banjir akan surut dan keadaan kembali normal,” katanya. – BERNAMA

Tags: hakisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun

Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun

30/08/2022
0

NILAI: Beberapa penduduk di Rumah Rakyat Batang Benar, di sini menyifatkan kejadian hakisan tebing tanah yang berlaku semalam sehingga mengakibatkan...

RM2.5 Juta Tangani Hakisan Pantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan

20/03/2022
0

MASJID TANAH : Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan kerajaan bagi menyelamatkan pantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan, dekat sini yang terjejas teruk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd