• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM2.5 Juta Tangani Hakisan Pantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan

oleh AK-47
20/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASJID TANAH : Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan kerajaan bagi menyelamatkan pantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan, dekat sini yang terjejas teruk akibat hakisan sejak 2020.

Peruntukan itu bakal diguna untuk projek memanjangkan dua benteng pemecah ombak atau ‘groyne’ sedia ada yang siap dibina tahun lalu, selain menambak semula pasir pantai yang semakin hilang.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Abdul Hakim Hamzah, berkata sebut harga bagi kerja berkenaan sudah dikeluarkan baru-baru ini bagi membolehkan kontraktor memulakan projek tidak lama lagi.

“Jabatan memandang serius masalah hakisan pantai di kampung itu dan kerja pemulihan pantai akan dibuat tidak lama lagi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, JPS segera membina benteng pemecah ombak dengan kos kira-kira RM800,000 tahun lalu bagi membantu mengurangkan hakisan, namun ia masih berterusan selepas sebahagian besar lagi pantai yang menjadi tempat pangkalan perahu dan peralatan menangkap ikan nelayan turut terhakis.

Tinjauan mendapati sebahagian besar pangkalan berkenaan sudah musnah dan nelayan terpaksa mengalihkan perahu lebih jauh dari gigi pantai.

“Keadaan ini sudah berlarutan sejak hujung tahun lalu dan kami tiada pilihan selain terpaksa menarik perahu lebih jauh ke darat. Kami amat berharap kerajaan segera menjalankan kerja pemulihan pantai kerana semakin hari, hakisan bertambah teruk.

“Ini amat menyukarkan kami menolak perahu dari pangkalan ke laut untuk menjaring atau merawai di tengah laut dan begitu juga ketika menarik naik perahu selepas pulang dari menangkap ikan,” katanya.

Pantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan antara pantai di Melaka yang menghadapi masalah hakisan serius sejak dua tahun lalu, selain Pantai Puteri di Tanjung Kling, Tanjung Bidara dan Kuala Sungai Baru.

Selain membina ‘groyne’ dan menambak di kawasan terjejas, JPS turut membina tembok penahan ombak di gigi pantai bagi memulihara kawasan daripada ancaman hakisan.

-Berita Harian

Tags: hakisanPantai Kampung Nelayan Tanjung Dahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun

Tebing Tanah Runtuh Kejadian Terburuk Sejak 40 Tahun

30/08/2022
0

NILAI: Beberapa penduduk di Rumah Rakyat Batang Benar, di sini menyifatkan kejadian hakisan tebing tanah yang berlaku semalam sehingga mengakibatkan...

Igauan Ngeri 5 Keluarga Di Kampung Seri Damai

08/02/2018
0

KUANTAN - Lima keluarga di Kampung Seri Damai, dekat sini, hidup dalam kebimbangan berikutan kediaman mereka berdekatan Sungai Belat diancam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd