Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Polis Percaya Perbuatan Potong...

PIHAK polis percaya perbuatan kejam memotong dan mengerat bayi dilakukan suspek disebabkan perasaan...

Eksklusif: Peniaga Atas Talian,...

JIKA sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu telah bertukar...

Pengguna Perlu Berhati-Hati Masuk,...

KUALA LUMPUR - Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menasihati penumpang ang menggunakan...

Peluang Di Sektor Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya sedia menerima mereka di luar sektor pembinaan yang hilang pekerjaan...

Isu Tok Lebai: Wanita PKR Kecam Muslimat PAS

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menuntut Dewan Muslimat PAS Selangor menarik balik kenyataan yang dilemparkan ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha mendakwa Dewan Muslimat PAS Selangor menjadi `budak suruhan’ Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz untuk mengkritik Mohamed Azmin.

Beliau malah mengingatkan Dewan Muslimat PAS Selangor bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor masih kekal menjadi Exco Kerajaan Selangor atas sifat berlapang dada Mohamed Azmin selaku Menteri Besar.

“Wanita Keadilan mendesak Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat PAS Selangor) menarik kembali kenyataannya serta-merta.Guna saluran yang betul jika ingin luahkan rasa tidak puas hati daripada menjadi `budak suruhan’ Nik Mohamad Abduh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.

Beliau melalui akaun Twitter berkata, Tok Lebai terbabit tewas di tempat sendiri tetapi ada hati mahu merampas kerajaan Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ada Tok Lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah,” kata Mohamed Azmin.

Kenyataan Mohamed Azmin itu kemudian dimuat naik Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di laman Facebook beliau.

Mengulas kebiadapan Mohamed Azmin itu, Nik Mohamad Abduh yakin beliau antara pemimpin PAS yang digelar sebagai Tok Lebai oleh Menteri Besar Selangor tersebut.


Berikutan itu, pimpinan PAS Selangor termasuk Wan Hasrina menyifatkan Mohamed Azmin sebagai manusia lupa daratan yang tidak boleh dijadikan kawan dan umpama kacang lupakan kulit.

Wan Hasrina meminta Mohamed Azmin supaya sedar diri beliau dapat menjadi Menteri Besar Selangor sebelum ini atas cadangan PAS kerana PKR tidak mencalonkan beliau.

Beliau turut memberi amaran kepada Mohamed Azmin Ali dan PKR bahawa Muslimat PAS Selangor akan memutuskan hubungan dengan PKR.

PKR dan DAP pada tahun 2014 menggulingkan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyandang jawatan itu.

Wan Azizah bagaimanapun gagal menjadi Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda kemudian memperkenan Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor selepas nama beliau dicalonkan oleh PAS untuk mengisi jawatan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori