• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Polis Didakwa Terima Rasuah RM15,500

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM15,500 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk mengurangkan lima pertuduhan teman lelakinya, tahun lepas.

M. Krishnan, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Bagi pertuduhan pertama, Krishnan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM8,500 daripada Lim Bee Sin, 21, sebagai dorongan mengurangkan lima pertuduhan membabitkan teman lelaki wanita itu, Koay Khoon You, 23, iaitu suspek di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Krishnan didakwa melakukan kesalahan itu di IPD Klang Selatan kira-kira pukul 8.30 malam pada 13 Jan 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Krishnan didakwa memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM7,000 daripada Lim bagi tujuan sama di IPD Klang Selatan, kira-kira pukul 5.15 petang, 14 Jan 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan, Krishnan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Hazirah Azeman memohon mahkamah mengenakan jaminan RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, Datuk Geethan Ram Vincent memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kerana terlalu tinggi malah anak guamnya memberikan kerjasama yang baik serta hadir di mahkamah untuk prosiding.

Hakim Rozilah membenarkan Krishnan diikat jamin RM24,000 bagi kedua-dua kesalahan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di IPD Klang Selatan setiap hujung bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Beliau turut menetapkan sebutan semula kes pada 3 April. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd