• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Influenza A: Tiada Keperluan Halang Aktiviti Sukan

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak terlalu serius sehingga perlu mengeluarkan arahan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata semua kes melibatkan 232 murid sekolah yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Perak kepada kementerian adalah berkaitan gejala ringan dan tidak menyebabkan komplikasi lain.

Tiada pelajar yang ditahan di hospital atau dikuarantin tetapi hanya diasingkan di bilik-bilik yang dikhaskan, katanya.

“Maknanya wabak ini bukanlah sesuatu dikatakan terlampau serius. Kita akui ada kes, ada gejala tetapi tidak sampai peringkat dikuarantin,” katanya ketika ditanya sama ada kementerian akan menghentikan aktiviti sukan di sekitar Ipoh seperti kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) berikutan penularan kes influenza itu.

“Jadi, saya ingat buat masa ini belum ada arahan berkaitan keperluan memberhentikan semua kegiatan sukan di negeri itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Daripada 232 murid yang terlibat, 115 adalah dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Teluk Intan (87); SMK Sultan Azlan Shah, Bota dan Kolej Vokasional Slim River, masing-masing 13 kes dan Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya (empat), katanya.

Terdahulu, Mahdzir menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Pendidikan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditandatangani Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Khair Mohamad Yusof sebelum diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jalil.

Mengenai IBR, Mahdzir berkata ia menunjukkan kementerian komited memastikan warganya kekal berintegriti dan menjauhi amalan rasuah serta salah guna kuasa dalam memberikan perkhidmatan.

“Kita memiliki lebih 430,000 guru, lebih 500,000 kakitangan sokongan yang bekerja di pelbagai agensi dan bahagian di bawah kementerian dan ia memerlukan satu usaha padu dalam menghapuskan sebarang unsur yang mungkin boleh menyebabkan amalan rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Influenza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

KPM Galak Pemakaian Pelitup Muka, Pantau Rapi Kes Influenza Di Sekolah

11/10/2025
0

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan gejala penyakit berjangkit,...

Dapatkan Vaksin Influenza Anda Sempena Hari Warga Emas Sedunia

Dapatkan Vaksin Influenza Anda Sempena Hari Warga Emas Sedunia

29/09/2025
0

Dengan jangkaan peningkatan kes influenza menjelang hujung tahun, warga emas diseru untuk mendapatkan vaksinasi di klinik GP atau melalui Program...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd