• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IHP Feb Meningkat Sebab Harga Minyak Yang Tinggi

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenaikan 4.5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari, yang merupakan pertumbuhan tertinggi dalam tempoh lapan tahun, disebabkan terutamanya oleh harga minyak yang lebih tinggi pada bulan itu, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Sebab utama ialah kos petrol. Jika kita melihat pada kos pengangkutan dalam kumpulan IHP, ia mewakili hampir 13-14 peratus.

“Bila ada faktor ini, dengan harga minyak naik, sudah pasti ini menjejaskan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Gobal Offset and Countertrade Association (GOCA) Asia Pasifik 2017 di sini hari ini.

Inflasi teras yang lain kekal, katanya.

Sementara itu, purata harga satu liter petrol RON95 ialah RM2.30 dalam bulan berkenaan berbanding RM1.75 pada bulan yang sama tahun lepas manakala jualan RON97 naik kepada RM2.60 berbanding RM2.05 sebelum ini.

IHP, satu ukuran bagi inflasi, meningkat 4.5 peratus kepada 119.7 pada Februari berbanding 114.5 pada bulan yang sama tahun lepas.

Johari bagaimanapun berkata inflasi dijangkakan susut pada bulan-bulan akan datang susulan harga minyak dunia mula stabil dan turun.

“Saya jangkakan dalam tempoh akan datang kita akan menyaksikan pelarasan kepada angka (IHP dan sumbangan pengangkutan),” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan merancang memperkenal semula subsidi bahan api jika harga minyak pulih, Johari berkata: “Saya rasa terlalu awal untuk saya bincangkan perkara itu.” – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johari Abdul Ghaniharga minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd