• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Sarawak Ambil Pekerja Dari Korea Utara

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengambil pekerja dari Korea Utara, dan mereka ditugaskan di tujuh buah syarikat, kebanyakannya di lombong arang batu Selantik di bahagian Sri Aman.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, bagi kementerian itu, pekerja terbabit dikategorikan sebagai pekerja bukan pemastautin, yang ditadbirkan mengikut Ordinan Buruh Sarawak.

Beliau berkata Sarawak mempunyai ‘jawatankuasa penempatan’ yang bertanggungjawab atas urusan berkaitan pekerja bukan pemastautin, dengan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan negeri.

Manakala Pengarah Jabatan Tenaga Rakyat Sarawak, hanya berada dalam jawatankuasa tersebut sebagai salah seorang daripada anggotanya.

“Sepanjang pengetahuan saya, perkara berkaitan pekerja bukan pemastautin ini kami serahkan kepada jawatankuasa berkenaan, ia tidak ada kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari mengulangi bahawa beliau masih menunggu arahan daripada kerajaan persekutuan dalam mengendalikan 176 warga Korea Utara yang masih berada di Sarawak.

Beliau berkata hubungan dua hala yang tegang antara Malaysia dan Korea Utara hanya tercetus baru-baru ini, dan persoalan yang timbul sekarang adalah sama ada pekerja terbabit akan dihantar pulang atau sebaliknya.

Katanya secara kebetulan, sejumlah 140 warga Korea Utara ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen kelmarin disebabkan permit kerja mereka telah pun tamat tempoh.

“Kebanyakan mereka adalah pekerja pembinaan yang bekerja di sekitar Lawas serta Miri, dan sudah tentulah mereka mesti dihantar pulang.

“Sejumlah 36 orang lagi yang bekerja di lombong arang batu di Selantik di bahagian Sri Aman, masih mempunyai permit kerja yang sah. Mereka ketika ini bekerja di tapak kerja berdasarkan senarai yang kami ada,” katanya.

Abang Johari berkata berikutan keadaan semasa, kerajaan negeri perlu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan persekutuan terlebih dahulu.

Ditanya sebab hanya Sarawak yang mengambil pekerja dari Korea Utara, beliau berkata pengambil pekerja itu dibuat berdasarkan kemahiran mereka, misalnya bekerja di lombong arang batu.

“Perlu diingat juga bahawa semasa mereka dibawa masuk ke negara ini, Malaysia dan Korea Utara mempunyai hubungan diplomatik yang baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Richard Riot Jaem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cekup Bini Tak Bercoli Main Projek Lepas Balik Makkah

Next Post

GMMF Seru Rakyat Malaysia Bersatu Hadapi Krisis

Related Posts

Richrard Riot Sertai PKR, Jeffrey Kitingan Sokong Mahathir

29/02/2020
0

AHLI Parlimen Serian, Richard Riot Jaem, dilaporkan menyertai PKR hari ini. Hal itu dinyatakan melalui Facebook rasmi PKR sebentar tadi...

Majikan Yakin Kemahiran Lulusan ILP Tempatan

20/08/2016
0

KUCHING - Kira-kira 87 peratus majikan di negara ini yakin dengan prestasi dan kemahiran lulusan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan...

Next Post

GMMF Seru Rakyat Malaysia Bersatu Hadapi Krisis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd