• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Tegar Pembangkang Diseru Cari Kerja Lain

oleh
27/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Guru yang terang-terangan menunjukkan sokongan kepada pembangkang sehingga menyemaikan kebencian kepada kerajaan diseru agar meninggalkan kerjaya mereka itu.

Pesanan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menegaskan, walaupun menjadi hak untuk menyokong mana-mana parti politik, tetapi setiap penjawat terikat dengan peraturan perkhidmatan awam.

“Jika sudah naik pentas pembangkang, bersyarah dan hentam kerajaan, ada pula elemen tidak sihat dibangkitkan dan wujud unsur fitnah, saya ingatkan lebih baik mereka tinggalkan profesion itu dan lawanlah secara betul-betul.

“Bagi saya sendiri, keadaan ini tidak begitu sihat. Bukan kita hendak tutup ruang demokrasi itu, namun ia tidak patutlah sampai kepada tahap situ kerana kita terikat dengan peraturan sebagai kakitangan awam,” kata beliau lagi.

Mahdzir menyatakannya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan penerangan dasar kementerian di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini Ahad.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Alias Ali; Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof; dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Terengganu, A. Latiff Awang juga hadir sebagai mewakili pihak kerajaan negeri tersebut yang disertai oleh ratusan guru dari seluruh Terengganu.

Sesi dialog berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Jelajah Pendidikan 2017 iaitu suatu penjenamaan semula aktiviti ‘turun padang’ secara berkala dilakukan oleh kementerian tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidMenteri Pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd