• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gejala ILI: 47 Pelajar SMART Teluk Intan Diasingkan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seramai 47 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART), Jalan Changkat Jong di sini, diasingkan di sebuah bilik asrama selepas dikesan menghidap gejala penyakit seperti influenza (ILI).

ILI di sekolah itu dikesan sejak Rabu lalu melibatkan 28 pelajar lelaki dan 19 perempuan daripada 428 pelajar apabila mereka menunjukkan simptom ILI seperti batuk, selesema, demam dan sakit tekak.

Perkara itu mendapat perhatian Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong yang membuat lawatan ke sekolah itu untuk mengetahui perkembangan keadaan kesemua mangsa tersebut, hari ini.

“Tahap kesihatan mereka adalah stabil dan kini dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan penyakit terbabit menular kepada pelajar lain.

“Malah sampel air liur daripada beberapa pelajar asrama telah diambil dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buluh (Selangor) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan berkata pengurusan sekolah telah mengambil langkah pencegahan dan pengawalan termasuk membekalkan topeng muka kepada pelajar.

Sehubungan itu juga, Mah turut meminta Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak untuk meningkatkan pengawasan terhadap tahap kesihatan pelajar bagi mengesan simptom awal jangkitan influenza dalam kalangan mereka.

Semalam, Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon mengumumkan seramai 216 pelajar di tiga sekolah di Ipoh dikesan menghidap gejala penyakit ILI.

Daripada jumlah itu, seramai 129 pelajar adalah dari Sekolah Raja Perempuan Taayah; 84 Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan selebihnya murid dari Sekolah Kebangsaan Klebang. – BERNAMA

Tags: Influenzapelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd