• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Sasaran Dan Tambat Hati Pengundi – Zahid

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Zahid Minta Pemimpin UMNO Fokus Sasaran, Tambat Hati Pengundi
KUALA TERENGGANU – Pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat diminta menggunakan kaedah sasaran mikro dan memberi lebih fokus kepada usaha menambat hati rakyat, dan bukannya mengkritik satu sama lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan sedemikian dapat memperincikan sasaran pengundi dengan melihat keperluan mereka secara berbeza.

“Kita harus memberi perhatian kepada soal yang lebih terperinci. Kita harus memperincikan sasaran kita, bukannya membuat sasaran dalam kalangan kita.

“Sebab itulah ‘micro targeting’ menyasarkan khalayak pengundi. Kita harus melakukan segmentasi kepada ‘market space’ dan bukannya ‘market place’,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan Peringkat Terengganu di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata pendekatan itu juga sesuai dengan ekosistem dan geopolitik semasa yang sudah berubah berbanding kaedah konvensional yang tidak lagi relevan.

“‘Micro targeting’ ini harus dilakukan berdasarkan kepada setiap orang, namun kita tidak boleh gunakan pendekatan sama untuk semua orang.

“Selain itu, lihat juga kepada tindakan susulan diikuti dengan semakan serta mesti ada tindakan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Barisan Nasional (BN) masih lagi parti pilihan orang Melayu dan memperoleh kepercayaan lebih 4.11 juta orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Jumlah itu diperoleh berdasarkan kajian yang mencatatkan bahawa daripada 5.23 juta orang yang mengundi BN, hampir 78.6 peratus (4.11 juta) adalah Melayu, katanya.

“Rekod itu jelas menunjukkan masih ramai orang Melayu mahu melihat parti ini memacu negara dan memperjuangkan hak mereka. Orang Melayu masih sayangkan UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid juga menggesa pemimpin UMNO di semua peringkat supaya mengekalkan semangat daya tahan, daya juang dan daya saing mereka bagi menghadapi cabaran sebelum munculnya PRU ke-14.

Selain itu, beliau meminta semua pihak menyokong kesepakatan UMNO untuk berbaik dengan parti pembangkang demi kesejahteraan bangsa dan agama.

Mengenai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Bagi Meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355), Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak begitu komited untuk sama-sama mengetengahkan hasrat tersebut tanpa mengganggu-gugat agama lain.

“RUU355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

Akmal Seru Penyatuan UMNO-PAS, Sokong Onn Hafiz Tolak DAP

Akmal Seru Penyatuan UMNO-PAS, Sokong Onn Hafiz Tolak DAP

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO berharap usaha untuk menyatukan kembali UMNO-PAS menjadi kenyataan. Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd