Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kerjasama MAB, Lonjak Saham...

SAHAM AirAsia Bhd naik pada sesi awal hari ini selepas syarikat penerbangan tambang...

Aksi Menggoda Polis Wanita...

BUKAN hanya abang-abang bomba sahaja yang ada body meletup dan hot, akak-akak polis...

500,000 Pelawat Dijangka Kunjungi...

PUTRAJAYA - Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) yang bermula hari ini sehingga 22...

Masalah Muara Cetek Sg....

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar yang bertugas di hari kedua...

Fattah Amin Dilamun Cinta Dengan Wanita VIP?

SELEPAS namanya menjadi fenomena sejak kebelakangan ini, nama Fattah Amin semakin mencanak naik dari hari ke sehari dalam industri hiburan tanah air.

Populariti yang diraihnya menyebabkan apa sahaja yang dilakukannya menjadi tumpuan ramai dan baru-baru ini menerusi ruangan gosip sebuah akhbar harian, Fattah kini dikhabarkan semakin intim dengan seorang selebriti yang pernah menjadi isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.

Artikel itu menyebut, “Fattah Amin dikatakan rapat dengan bekas isteri orang penting yang juga selebriti. Mungkin sering bertemu di majlis membuatkan mereka mula berkenalan antara satu sama lain.”

“Begitupun, serius mana hubungan antara mereka ini tidak pula Cik Pang ketahui. Cuma menurut sumber, Fattah dan selebriti yang tidak kurang jelitanya ini mula berkenalan rapat selepas Fattah dan Neelofa membuat kenyataan yang mereka tidak mempunyai hubungan istimewa,” tulis ruangan gosip Cik Pang yang dipetik menerusi Harian Metro.

Sebelum Neelofa, aktor kacak berusia 27 tahun ini juga pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Sherry Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC

Kategori