• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fahrin Ahmad Tak Mahu Buka Instagram Anak

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika ramai selebriti tempatan membuka akaun Instagram khusus untuk anak mereka, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad bagaimanapun memilih untuk tidak mengikut trend tersebut.

Menurut Fahrin, 38, dia dan isterinya, Elena Hani Eleas lebih selesa untuk berkongsi perkembangan anak sulung mereka itu menerusi Instagram masing-masing.

“Bagi saya tak perlulah nak buatkan Instagram khas menggunakan nama anak.

“Cukuplah kami sebagai ibu bapa berkongsi apa yang patut di Instagram kami sendiri, dia pun tak tahu apa-apa lagi,” katanya kepada mStar Online.

Fahrin Ahmad Tak Mahu Buka Instagram Anak
Fahrin bersama anaknya, Khalifa Fahrel. – Foto @elenaeleas

Fahrin dan Elena berkahwin pada Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel pada 29 September tahun lalu.

Berdasarkan pemeriksaan di Instagram peribadi Fahrin dan Elena, kedua-dua mereka aktif memuat naik gambar Khalifa dari masa ke masa.

Tambah Fahrin, sebagai bapa dia mempunyai pertimbangan sendiri mengenai perkara itu walaupun ramai selebriti lain memilih untuk mewujudkan Instagram khas dengan nama anak-anak mereka.

“Saya terbuka dalam isu ini. Maknanya biarlah anak saya sendiri yang buat pilihan untuk buka akaun media sosial ataupun tidak. Bila dia besar nanti, pandai-pandailah dia buat keputusan.

“Tapi kalau orang lain nak buat, itu hak mereka. Mungkin mereka mahu kongsi gelagat dan keletah anak-anak menerusi medium khusus,” katanya.

Antara anak selebriti tempatan yang menjadi perhatian dan diikuti ramai ialah anak perempuan pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari, Lara Alana (2.6 juta pengikut); anak lelaki Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar (1.1 juta); anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana (259,000) dan anak lelaki Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, Aisy Mateen (202,000). – mStar Online

Tags: Fahrin Ahmadpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd