• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Johor Cuti Susulan Kes Anak, Pegawai Ditahan SPRM

oleh
01/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi mula bercuti pada hari ini untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.

Permohonan cuti beliau secara mengejut itu malah telah diluluskan dengan serta-merta susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini pagi ini.

Alasan cuti itu tidak didedahkan namun anak dan pegawai khasnya baru-baru ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday, Abdul Latif mengadakan perjumpaan singkat dengan Mohamed Khaled.

Portal berita tempatan Astro Awani melaporkan, pertemuan itu mula berlangsung pada pukul 9.30 pagi di Pejabat Menteri Besar, sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri tersebut bermula.

“Dia (bercuti) kerana hendak menguruskan sendiri isu yang ada kaitan dengan keluarga dan pegawai dia,” kata Md. Jais pada sidang media di Bangunan Datuk Jaafar, di sini hari ini.

Kata beliau lagi, cuti tersebut hanya melibatkan jawatan Abdul Latif dalam pentadbiran kerajaan negeri manakala semua urusan berkaitan portfolionya ditangguhkan sementara.

Md. Jais turut menegaskan permohonan cuti itu bukan bermakna Abdul Latif terlibat dalam kes berkenaan. Beliau malah berkata isu berhubung rasuah tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat exco.

“Dia (Abdul Latif) memang tidak disabitkan dengan siasatan atau dakwaan. Kena jelas tu,” tegasnya. Sebaliknya kata Md. Jais, Menteri Besar hanya memaklumkan mengenai permohonan cuti Abdul Latif.

Pada Jumaat lalu, SPRM bertindak menahan enam individu yang dipercayai sebagai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan terbesar melibatkan isu hartanah di negeri berkenaan.

Antara enam yang ditahan ialah anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal bernilai RM15.5 juta itu.

Turut ditahan seorang kontraktor berumur 46 tahun pada Selasa yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan hartanah tersebut selain sejumlah kereta mewah dan kediaman disita. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd