• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspresi Negaraku Digerakkan Di Putrajaya

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Program Ekspresi Negaraku yang berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini menjadi platform pertama untuk memacu inisiatif ‘Negaraku’ yang bertunjangkan semangat cintakan Malaysia.

Orang ramai mula tiba seawal 7 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dirangka bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Larian Bendera Negaraku melibatkan kira-kira 5,000 peserta membuka tirai program.

Sebelum itu peserta larian menyertai acara senamrobik untuk memanaskan badan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi tetamu terhormat majlis pelancaran Ekspresi Negaraku berkenaan. Beliau dijadual tiba di Dataran Putrajaya pada 11 pagi.

Antara kegiatan yang diadakan ialah ‘Zon Kebanggaan dan Kecintaan’ bagi menampilkan kisah-kisah individu yang telah menyumbang kepada negara melalui ‘Kisah-kisah Kejayaan Negaraku’.

Zon Aspirasi pula menyediakan peluang kepada rakyat berkongsi harapan dan aspirasi mereka untuk masa dean negara.

Pada sebelah malam, Konsert Ekspresi Negaraku akan menampilkan artis-artis ternama seperti Amy Search, Ella dan Bunkface.

Najib dalam catatan blog beliau sebelum ini berkata inisiatif ‘Negaraku’ bertujuan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam diri rakyat, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya. – BERNAMA

Tags: Negaraku
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Hormat Negaraku: 7 Individu Mengaku Tidak Bersalah

11/10/2019
0

KUCHING - Seorang wanita dan enam lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana tidak menghormati nyayian lagu Negaraku pada 29...

Lagu Kebangsaan Bukan Hiburan, Henti Persenda ‘Negaraku’

03/10/2019
0

KUCHING - Lagu ‘Negaraku’ tidak perlu ditukar hanya kerana beberapa pihak mempertikaikan keasliannya, tegas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd