• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Kecam PAS Selangor Tak Hormat Autonomi Sarawak!

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mengingatkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Khairuddin Othman supaya menghormati autonomi Sarawak dan tidak mengapi-apikan sentimen agama demi laba politik parti itu.

Pemimpin Melayu DAP yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal berkata, Khairuddin bersikap malang apabila membidas DAP kerana mengecam penghantaran 433 guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk bertugas di Sarawak.

“Amat malang apabila tidak semena-mena Setiausaha PAS Selangor menuduh DAP biadap kerana campur tangan dan mempersoalkan apakah Pakatan Harapan jika menang kelak akan mencampuri urusan agama Islam. Saya fikir Khairudin tidak perlu menangguk di air yang keruh.

“Sebagai peguam beliau perlu faham bahawa autonomi sarawak harus dihormati dan kepentingan mereka perlu diutamakan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAS semalam mengecam DAP kerana semakin berani campur tangan dan mempertikai setiap perkara melibatkan agama Islam di negara ini selain semakin ketara menonjolkan permusuhannya ke atas agama Islam.

Ia ekoran kebiadapan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa seramai 433 guru agama Islam dibawa masuk ke Sarawak bakal menjadi permulaan kepada ketaksuban agama di negeri itu.

Chieng Jen juga mendakwa kononnya guru Islam dari Semenanjung Malaysia akan mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dan menyebabkan pengasingan kaum di negeri itu.

Edry dalam usahanya mempertahankan Chieng Jen mendakwa kononnya pemimpin DAP itu  sebenarnya mempersoalkan mengapa mengambil 433 guru agama dari Semenanjung Malaysia sedangkan terdapat permohonan guru agama tempatan.

Edry malah melabelkan seramai 433 guru agama Islam yang bertugas di Sarawak itu adalah guru `import’ yang tidak diperlukan di Sarawak dengan alasan guru tempatan boleh membawa lebih banyak kebaikan.

Edry seterusnya mendakwa kononnya kebimbangan mengenai lambakan guru-guru dari Semenanjung Malaysia yang ditempatkan di Sarawak bukan satu isu baru. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPEdry FaizalPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd