• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Tampil Sokong Cuti Bersalin Sebulan Untuk Bapa

oleh Ahmad Albab
27/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) senada dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan memberikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata cuti tujuh hari yang diberikan ketika ini tidak memadai dan perlu dinaikkan demi kebajikan pekerja dan isteri kakitangan berkenaan.

Justeru, Cuepacs menggesa kerajaan mewujudkan polisi baharu mengenai cadangan berkenaan atau untuk di peringkat awal, kerajaan dicadang untuk meminda Akta Kerja 1955 untuk memasukkan terma mengenai cuti bersalin untuk bapa untuk kakitangan kerajaan mahupun swasta.

“Cuepacs menyokong cadangan MTUC ini sebab banyak perkara telah bertukar. Dulu negara sebelum ini berasaskan pertanian dan pada masa akan datang digital akan menjadi hab ekonomi yang paling penting kerana dalam sektor awam dan swasta dominasi dua sektor ini adalah wanita. Dalam soal ini , kita sokong jika satu undang-undang digubal untuk melihat sama ada kebajikan kepada wanita berkerjaya supaya mereka dapat pembelaan selepas bersalin,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga menyifatkan Akta Kerja 1955 perlu melalui pindaan dengan mengambil kira situasi pada masa sekarang.

“Tahun 1955 mana ada kerajaan digital. Oleh kerana itu perubahan ini tidak boleh ditolak. Jadi adalah baik sekiranya kerajaan melihat perkara ini dimasuk ke dalam pindaan undang-undang untuk memberi perlindungan yang lebih kepada pekerja,” ujarnya.

Bagaimanapun, jika cadangan berkenaan diluluskan kelak, beliau berharap pekerja terlibat tidak mensia-siakan cuti sebulan yang diberikan untuk menjaga isteri selepas bersalin.

“Contohnya kalau dia dapat cuti lebih tujuh hari, tetapi dia tidak jaga isteri dia dan anaknya. Ini yang ditakuti akan menggangu proses,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap kerajaan memberi perhatian dan membuka seluas-luasnya kepada cadangan Cuepacs dan MTUC berkenaan.

“Wajar kalau kita letak negara kita setaraf dengan negara-negara yang telah mengamalkan cuti bersalin untuk bapa termasuk negara di Scandinivia, Finland, Belgium dan sebagainya,” tambahnya.

Pada Sabtu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata ia berikutan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja disifatkan sebagai tidak mencukupi.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang berkaitan bagi memastikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh dikuat kuasa dalam akta berkenaan.

Cadangan MTUC itu juga susulan kebanyakan kes melibatkan pospartum psikosis yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin sehingga ada yang bertindak mencederakan atau lebih dahsyat lagi membunuh bayi mereka.

Bagaimanapun, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak menyokong cadangan berkenaan kerana dikatakan akan memberi kesan kepada operasi syarikat dan majikan. – www.astroawani.com

Tags: Cuepacscuti bersalin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

‘Penjawat Awam Perlu Berkecuali, Jangan Sertai Perhimpunan Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat’ – CUEPACS

21/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua penjawat awam digesa mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak terbabit dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh menjejaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd