• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Rasuah Sultan: Serah Diri Atau Nama Didedah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini kepada individu yang cuba merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berhubung penganugerahan pingat untuk menyerah diri di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata jika ingkar, nama serta gambar individu itu akan didedahkan.

“Kami tahu dia masih berada dalam negara dan kami juga telah bekerjasama dengan pihak berkaitan menghalang atau menyekat beliau dari meninggalkan negara.

“Dia tahu kami sedang mencarinya dan kalau dia masih berdegil kami akan tahan beliau selepas tempoh yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan suruhanjaya itu susulan pertemuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM yang telah menghadap Sultan Ibrahim di ibu negara berhubung pendedahan yang dibuat baginda.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong.

Mengenai keperluan sama ada SPRM perlu merakam kenyataan rasmi daripada Sultan Ibrahim, Azam berkata buat masa ini pihaknya menumpukan usaha untuk ‘mendapatkan’ individu terbabit terlebih dahulu.

“Baginda Sultan telah bagi maklumat dan kami perlu dapatkan individu ini dahulu untuk tindakan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRMSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd