• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China, ASEAN Ikrar Tingkat Kerjasama Pelancongan

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – China dan ASEAN pada Khamis secara rasminya melancarkan Tahun Pelancongan China-ASEAN dan kedua-dua pihak berikrar mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pelancongan, lapor agensi berita China Xinhua.

Majlis pelancaran berlangsung di Manila, Filipina dan Naib Perdana Menteri China Wang Yang turut menyampaikan ucapan.

Wang Yang dalam rangka lawatan empat hari ke Filipina.

Beliau berkata, China dan ASEAN telah bersama-sama menikmati perkembangan ekonomi pantas dan kehidupan rakyat bertambah baik, kini sudah tiba era perubahan besar dalam pelancongan.

“China dan ASEAN rakan sejiran sangat rapat. Kedua-dua pihak menjadi destinasi pelancongan yang besar dan sering dikunjungi pelawat asing,” katanya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri China kedua-dua pihak menikmati prospek cerah dalam kerjasama pelancongan dan China berikar meneruskan kerjasama dengan ASEAN sebagai satu peluang meningkatkan lagi industri pelancongan.

Sementara itu, Setiausaha Pelancongan Filipina Wanda Teo berkata, hubungan dalam kalangan ASEAN juga semakin bertambah baik sejak bertahun sebelum ini dan rakyat boleh bergerak bebas.

“Hari ini kita meraikan kerjasama pelancongan antara China dan ASEAN dan berharap organisasi pelancongan mengambil peluang untuk meningkatkan hubungan kerjasama sekaligus dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan pelaburan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ASEANPelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd