• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Penyelesaian Segera Projek Terlewat – Ali Hamsa

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Penjawat awam yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek-projek kerajaan diarah mencari penyelesaian segera projek yang terlewat supaya dapat disiapkan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, kesemua projek yang dilaksanakan kerajaan sama ada menerusi rundingan terus atau tender terbuka di negara ini adalah untuk kepentingan rakyat dan tidak boleh tergendala pelaksanaannya.

“Projek kritikal misalnya untuk Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan perlu diberi perhatian segera kerana rakyat amat memerlukan perkhidmatan dari dua kementerian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Awam Malaysia (Puspanita) Hospital Miri hari ini.

Dr Ali yang juga penasihat Puspanita berkata, sikap kontraktor memberi alasan tidak ada sumber kewangan dan kekurangan yang menjadi punca kelewatan projek kerajaan, patut ditangani segera oleh penjawat awam yang memantau pelaksanaan projek.

“Pelbagai alasan diberi oleh kontraktor, tidak pernah salahkan sendiri, Namun saya mahu projek dilaksanakan siap dengan mencari kaedah lain,” katanya.

Beliau berkata penjawat awam boleh berhubung dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Zainal Rahim Seman untuk berbincang mencari jalan penyelesaian bagi projek kerajaan yang bermasalah.

Mengenai lawatannya ke Hospital Miri, beliau mencadangkan Kementerian Kesihatan untuk mengkaji kaedah kerja yang dilaksanakan di hospital itu terutama memastikan doktor yang baharu bertugas tidak mengalami tekanan keterlaluan semasa bertugas.

“Majoriti doktor baharu yang saya temui berasa gembira bertugas di Hospital Miri, mungkin ini boleh dijadikan model untuk hospital lain di seluruh negara bagi memastikan mereka dapat menangani tekanan,” katanya.

Terdahulu Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata, lebih 400 jawatan kosong bagi doktor perlu diisi dengan segera dan berharap dapat disegerakan pelantikannya.

Puspanita hari ini menyerahkan sumbangan kebajikan berjumlah RM50,000 kepada Hospital Miri, enam rumah kebajikan, empat penjawat Orang Kelainan Upaya dan 16 pesara kerajaan. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd