• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Tubuh Kor Kadet Polis Di IKM Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bercadang menubuhkan Kor Kadet Polis di semua Institusi Kemahiran Mara (IKM) bagi membantu pelajar menjaga diri, keluarga selain menjadi ‘mata dan telinga’ polis.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dengan Mara kerana institusi itu belum mempunyai Kor Kadet Polis.

“Kami di Bukit Aman akan mengkaji mengenai cadangan itu bagi menentukan siapa yang akan menjadi jurulatih dan pegawai dalam kalangan pensyarah di institusi kemahiran berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) SeMalaysia Ke-14 di MRSM Lenggong di sini, hari ini.

Seramai 1,122 kadet polis daripada 47 MRSM menyertai perkhemahan empat hari itu, yang bermula 10 Mac lepas, bagi memantapkan kefahaman anggota mengenai kurikulum latihan perkhemahan kadet polis dari aspek pengetahuan kepolisan, kenegaraan, kreativiti dan intelek.

Zainal Abidin berkata silibus Kor Kadet Polis di IKM akan berbeza dengan silibus di peringkat sekolah dan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Silibus yang mungkin diperkenalkan itu lebih tinggi seperti cara tangkapan berbeza dengan Kor Kadet Polis di peringkat sekolah yang ditubuhkan untuk mewujudkan jati diri serta peranan mereka menjaga disiplin pelajar termasuk menjadi mata dan telinga kepada polis,” katanya.

Beliau berkata PDRM percaya sekiranya Kor Kadet Polis ditubuhkan lebih awal di semua IKM, ia dapat membantu polis menjaga ketenteraman awam.

PDRM juga bercadang menubuhkan Kor Kadet Polis di beberapa MRSM baharu termasuk MRSM Kuala Kangsar tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd