• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Tarik Balik Subsidi Harga Minyak Jatuh Diteliti

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan agar kerajaan menarik balik semua subsidi jika harga minyak mentah dunia jatuh bawah paras AS$40 setong perlu dikaji secara teliti, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau juga berkata berkata cadangan yang diutarakan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa itu adalah atas kapasitinya sebagai individu.

“Itu cadangan beliau. Jadi kita akan buat kajian dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 tiga agensi di bawah kementeriannya, di sini hari ini.

Annuar dilaporkan membuat cadangan itu di Arau, Perlis pada Ahad lepas semasa menjawab soalan seorang pelajar universiti yang hadir dalam siri jelajah beliau bagi memberi penerangan isu semasa kepada rakyat.

Terdahulu dalam ucapannya, Hamzah menyeru warga kerja tiga agensi berkenaan agar menerapkan budaya kerja disiplin, tanggungjawab, integriti serta menjaga kerahsiaan.

“Kita mesti memiliki jati diri sebagai anggota perkhidmatan awam yang menjalankan tugas dengan jujur dan telus,” katanya.

Pada majlis itu, 107 penerima daripada tiga agensi di bawah kementerian iaitu 68 dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, 35 warga Perbadanan Harta Intelek Malaysia) dan empat penjawat di Suruhanjaya Persaingan Malaysia menerima anugerah perkhidmatan cemerlang masing-masing. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainuddinharga minyakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd