• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Borong China Trip Penuhi Impian Peniaga

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHU mulakan perniagaan tetapi pening mencari bahan atau produk dengan harga yang lebih murah?

Usah bimbang kerana Mozas Legacy PLT menyediakan pakej pelancongan sambil mencari peluang perniagaan melalui Borong China Trip yang sudah lapan tahun diperkenalkan kepada usahawan kecil-kecilan ataupun peniaga yang sudah berjaya.

Eksekutif Pemasarannya, Nor Zatul Itri Nor Azmi berkata, pihaknya sedia membantu peniaga kecil atau besar memborong terus dari sumber ke China tanpa memerlukan perkhidmatan orang tengah.

Borong China Trip Penuhi Impian Peniaga

Menurutnya, GuangZhou dan Hang Zhou di China sering menjadi tumpuan utama peserta untuk memborong pelbagai jenis barangan seperti gajet, pakaian, kasut dan pelbagai lagi untuk dipasarkan dalam negara.

“Kami mahu membantu peniaga untuk maksimumkan keuntungan tanpa menggunakan perkhidmatan orang tengah dan kebanyakkan barang yang ada di negara ini boleh didapati dengan harga lebih murah di China,” katanya.

Lebih menguntungkan menerusi pakej ini, pihaknya menyediakan perkhidmatan pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu dan Cina.

“Pemandu pelancong ini adalah anak tempatan yang bekerja di China sejak lapan tahun lalu dan kami bekerjasama dengannya untuk membantu peserta berurusan dengan pembekal.

“Ini memberi peluang kepada peserta untuk memenuhi kehendak mereka dan mengelakkan berlakunya salah faham yang boleh menyebabkan kerugian,” katanya.

Jelasnya, masalah yang sering dialami peserta adalah perbezaan bahasa dan kebanyakan pembekal di China sukar berbahasa Inggeris ketika berurusan.

Borong China Trip Penuhi Impian Peniaga

Menurutnya, peserta boleh menetapkan tempat yang ingin dilawati dan pihaknya akan mengatur jadual mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan.

“Jika peserta mahu membeli barangan pakaian, kami akan menyusun jadual supaya mereka dapat apa yang dimahukan dan ini dapat mengelakkan sebarang pembaziran masa.

“Kami mahu mereka kenal pembekal yang dipercayai dan boleh berfikir sebelum membeli untuk perniagaan nanti,” katanya yang turut menawarkan trip pakej persendirian dengan harga berpatutan.

Jelasnya, barangan yang dibeli peserta akan dikendalikan oleh pemandu pelancong dan ia akan dihantar terus kepada peserta di rumah atau premis perniagaan mereka.

Menurutnya, harga bagi penghantaran tersebut akan ditentukan berdasarkan muatan dan bukannya berat.

Zatul berkata, pakej yang ditawarkan adalah berpatutan dengan harga serendah RM1,609 seorang termasuk penginapan selama lima hari empat malam, pemandu pelancong selama tiga hari dan makan tengah hari tetapi tidak termasuk tiket penerbangan.

“Kini kami membuat promosi dengan pakej RM1,450 setiap seorang dan akan membantu peserta untuk mendapatkan tiket penerbangan pada harga yang berpatutan,” katanya.

Jelasnya, hanya 10 hingga 14 orang sahaja akan terlibat dalam satu trip bagi memudahkan pemandu pelancong memberi tumpuan kepada peserta.

“Menerusi trip ini juga, kami akan mengajar peserta serba sedikit mengenai kursus perniagaan dan mereka tidak perlu ke China untuk memborong sebaliknya boleh terus kepada pembekal untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki mereka.

“Mereka boleh membuat tempahan melalui pemandu pelancong dan ini sekaligus dapat menjimatkan kos,” katanya.

Sementara itu, peserta, Mohd Hazram Fauzi, 34 yang menjalankan perniagaan percetakan berkata mengenali pakej borong ke China menerusi laman Facebook.

Borong China Trip Penuhi Impian Peniaga

Menurutnya, penyertaannya kali kedua menggunakan pakej yang disediakan Mozas Legacy banyak memberi peluang perniagaan dan rangkaian dengan pembekal dari negara China dengan lebih luas.

“Peluang yang diberikan ini dapat membantu membina perniagaan dengan barangan yang dibeli lebih murah. Pakej yang ditawarkan juga berpatutan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Mohd Kamal Hanafiah Abdul, 45, berkata, pakej yang ditawarkan berbaloi dan memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan pembekal barangan yang dimahukan.

Borong China Trip Penuhi Impian Peniaga

“Ini adalah kali pertama menyertai pakej dari Mozas Legacy dan fokus untuk mencari barangan gajet untuk dipasarkan di negara ini,” katanya yang pertama kali mengikuti trip tersebut.

Jadi kepada mereka yang ingin menyertai pakej yang disediakan Mozas Legacy ini boleh layari laman Facebook Borong China Trip dan Instagram Borong China Trip untuk mendapatkan maklumat.

Pastinya anda akan merasai satu pengalaman baru selain menimba ilmu dalam bidang perniagaan sambil melancong. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berniagaChinaMelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd