• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Lancar Buletin e-Rakyat Penuhi Aspirasi Rakyat

oleh AK-47
29/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buletin e-Rakyat yang dilancarkan malam ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai perancangan rapi dalam memenuhi aspirasi memakmur dan mensejahterakan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah mewujudkan buletin dalam talian itu menunjukkan BN bukan sebuah parti yang “omong kosong”, tetapi memastikan apa yang dijanjikan, ditepati.

“Melalui Buletin e-Rakyat kita akan pastikan semua dasar kerajaan akan sampai ke setiap pelusuk negara,” katanya semasa berucap melancarkan buletin dalam talian e-Rakyat di sini, malam ini.

Najib berkata buletin tersebut juga akan menjadi ‘feel good factor’ atas segala usaha dan ikhtiar BN.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Najib berkata buletin tersebut yang boleh diakses melalui semua platform media sosial itu menyiarkan maklumat benar dan tepat tanpa prejudis dalam BN menjuarai hal-hal yang menjadi isu rakyat.

Beliau berkata dalam zaman teknologi kini wujud ‘information gap’ dan tidak semua yang kerajaan lakukan diketahui sepenuhnya oleh rakyat.

“Apatah lagi ada usaha mengelirukan rakyat, ada fakta yang tak betul atau separuh betul.

“Kita wujudkan buletin e-Rakyat melalui penyampaian media sosial kerana maklumat berbentuk fizikal tidak lagi mendapat tempat di sisi rakyat,” katanya.

Najib berkata buletin yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban itu mencerminkan dasar inklusif BN.

“Buletin tersebut buat masa ini diterbitkan lapan muka surat dan akan dikemaskini dua kali sebulan.

“Namun dalam masa terdekat kekerapan penerbitan buletin itu akan dikemas kini setiap hari,” katanya.

Najib berkata buletin tersebut juga akan menjadi medium penghubung ampuh antara pemimpin BN dan rakyat.

“e-Rakyat adalah sebagai satu lagi platform berkesan untuk membantu BN supaya lebih akrab dalam menyentuh dan mendekati rakyat,” katanya.

Buletin e-Rakyat diasaskan Shamsulbahrin Ludin dan boleh diakses melalui portal theRakyat.com.

Buletin e-Rakyat boleh terus dimuat turun serta dicetak untuk diedarkan ke kawasan yang capaian internetnya agak kurang memberangsangkan. – BERNAMA

Tags: BNNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Parti Dapat Bentuk Kerajaan Jika PRU-16 Pertandingan Tiga Penjuru – Liew Chin Tong

Tiada Parti Dapat Bentuk Kerajaan Jika PRU-16 Pertandingan Tiga Penjuru – Liew Chin Tong

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP meramalkan tiada mana-mana parti akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan walaupun dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya...

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

DAP Tak Perlu Takutkan Pengundi Bukan Muslim, MCA Bersama BN Johor – Wee Ka Siong

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meminta DAP tidak memainkan propaganda serta menakut-nakutkan pengundi bukan Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd