Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

LGBT: Wanita UMNO Bidas...

KUALA LUMPUR - Kenyataan anak Perdana Menteri, Datin Marina Mahathir kononnya golongan lesbian,...

Wakil MCA Perlu Ada...

JOHOR BAHRU – MCA adalah satu-satunya parti yang banyak berjasa kepada masyarakat Cina...

‘Siapa Kata Malaysia Tidak...

IINDUSTRI persenjataan Malaysia yang kian pesat dengan bantuan teknologi canggih serta latihan kepakaran...

Mahkamah Lucut Hak Wang...

IPOH - Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Perak dijatuhi hukuman denda RM70,000...

Beruk Liar Dianiaya, Tangan Diikat Ke Belakang Badan

SENSASI menerusi media sosial foto dan video seekor beruk liar dianiaya dengan tangan diikat pada belakang badan oleh invididu yang tidak berperikemanusiaan.

Foto dan video berkenaan pada asalnya dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Adhwa semasa dia dalam perjalanan pulang ke Terengganu.

Beruk Liar Dianiaya, Tangan Diikat Ke Belakang Badan

Menurut sumber, kejadian itu dirakamnya ketika dia berhenti di sempadan Mersing, Johor sebelum memasuki daerah Endau untuk memberi makan kepada beruk-beruk liar yang berkeliaran di situ.

Tambah Adhwa, dia cuba untuk membantu membuka ikatan beruk malang itu namun terpaksa membatalkan hasratnya apabila keretanya dikerumuni oleh kumpulan beruk liar yang datang secara tiba-tiba.

Di dalam status itu, Adhwa turut melahirkan rasa simpati kepada beruk malang itu kerana tangannya didapati sudah membengkak akibat diikat malah dia menyeru pihak berwajib untuk tampil bela nasib haiwan yang teraniaya itu.

Video dan foto yang dikongsi oleh Adhwa berjaya meraih simpati netizen terhadap nasib malang beruk liar itu dan mengecam individu yang melakukan perbuatan tersebut.


“Zalim betui… memang bangang orang yang perlukan haiwan macam ni,” tulis Asri Ismail.

Manakala Mo Feez pula, “Sape la yang khianat sangat tu. Tanggung la dosa selagj beruk tu teraniaya.”

“Kesian siot… cam mana berok tu nak cari makan,” tulis Mohammad Farid Helmie. – MYNEWSHUB.CC

Kategori