• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

oleh Mohd Arshad
24/05/2025
dalam Utama & Sensasi
0
TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor monyet, mencetus kecaman kumpulan pencinta haiwan.

Berdasarkan dua klip masing-masing berdurasi dua dan 50 saat, monyet berkenaan dilihat meronta-ronta di dalam sangkar besi ketika cta berkenaan disembur ke badannya.

Video berkenaan didakwa dirakam di sebuah kawasan perumahan sekitar Sungai Buloh.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), R Kalaivanan mengecam tindakan individu di dalam video terbabit dan menggesa tindakan segera diambil ke atas pelaku.

“SAFM menggesa saksi kejadian ini segera tampil membuat laporan polis serta kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya tindakan tegas dapat diambil tanpa kompromi.

“SAFM juga menuntut PERHILITAN mengambil tindakan segera dan menyeluruh dalam menyiasat kes ini,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Kalaivanan berkata, SAFM turut berharap individu terbabit dibawa ke muka pengadilan sebagai amaran kepada orang ramai supaya tidak mendera haiwan.

Mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), katanya hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya boleh dikenakan jika disabit kesalahan.

“SAFM menegaskan tiada ruang untuk kezaliman terhadap hidupan liar dalam negara ini dan akan terus memantau perkembangan kes ini secara tegas,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati ramai netizen mengecam tindakan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk penderaan dan berisiko membahayakan nyawa monyet terbabit.

Netizen turut menggesa monyet terbabit segera diselamatkan sebelum haiwan itu mati akibat terhidu gas beracun atau termakan cat.

Namun ada juga yang menyokong dengan menyatakan amalan mengenakan cata pada badan monyet atau kera sebagai satu tindakan untuk mengawal tindakan haiwan itu yang mengganggu tanaman dan kawasan kediaman.

BHonline-

Tags: monyetsembut cat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Next Post

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Related Posts

Air Kotak Milo Punca Budak Lelaki Dikejar Monyet

Air Kotak Milo Punca Budak Lelaki Dikejar Monyet

26/10/2022
0

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila dikejar monyet sebelum menyelamatkan diri dengan memeluk kaki seorang wartawan...

Monyet Liar ‘Mengamuk’ Di Jepun, Cederakan 42 Orang

Monyet Liar ‘Mengamuk’ Di Jepun, Cederakan 42 Orang

26/07/2022
0

TOKYO: Pihak berkuasa tempatan di bandar Jepun, Yamaguchi memaklumkan mereka menggunakan pistol penenang untuk menangani monyet liar yang setakat ini...

Next Post
Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd