• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Meninggal

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan bekas Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr Wong Soon Kai, 90, meninggal dunia di kediamannya di sini kira-kira pukul 4 pagi ini.

Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting ketika dihubungi, mengesahkan Dr Wong yang menjadi presiden parti itu dari 1991 hingga 1996, telah meninggal dunia.

Menurutnya parti itu akan mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan kepada semua anggotanya di negeri berkenaan.

Dr Wong meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Dr Jane Yong, tiga anak, Dr Wong Chee Liang, Dr Wong Chee May dan Wong Chee Ling serta beberapa orang cucu.

Mendiang adalah lulusan pertama Sarawak sebagai doktor bedah di Britain pada 1959.

Mendiang Dr Wong dan isteri merupakan lulusan perubatan Kolej Perubatan Universiti Malaya pada 1947.

Antara rakan sekelas mendiang ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Mendiang bertugas sebagai doktor kerajaan selama 15 tahun diikuti empat tahun di hospital swasta sebelum menyertai bidang politik dan menjadi menteri Kabinet negeri pada 1974.

Dr Wong adalah Timbalan Ketua Menteri dari 1994 hingga 1996 dan juga penasihat sains kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian yang ketika ini berada di luar negara, berkata beliau sedih dengan berita kematian Dr Wong.

“Kami sedih dengan kematian presiden kehormat parti yang juga presiden ketiga kami, awal pagi ini.

“Saya mewakili SUPP mengucapkan takziah kepada Puan Sri Dr Jane Yong, anaknya serta cucu,” katanya dalam laman Facebook rasminya. – BERNAMA

Tags: meninggal duniasarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd