• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Anggota Polis Maut Jatuh Tingkat 7 Hotel

oleh Ahmad Albab
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Syed Putra, Brickfields di sini, hari ini.

Mohd Naszuani Mohd Redzuan, 32, ditemui pekerja hotel berkenaan pada 5.15 pagi, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor.

Beliau berkata Mohd Naszuani menginap di bilik berkenaan sejak 19 Feb lepas.

“Polis mendapati tingkap bilik itu terbuka. Kami turut menemui plastik yang dipercayai berisi dadah jenis Methamphetamine dalam bilik itu,” kata Sharul ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata semakan lanjut melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mendapati Mohd Naszuani berpangkat konstabel dibuang kerja pada Jun tahun lepas kerana terlibat dengan kesalahan dadah.

Mohd Naszuani berkhidmat dengan polis sejak 2012 dan kali terakhir bertugas di Bahagian Kenderaan Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa, Selangor.

“Dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak… kami telah menghubungi keluarganya,” kata Sharul.

Mayat Mohd Naszuani dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Tags: jatuh bangunan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd