• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Ditanam Hidup-Hidup Berjaya Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
29/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APALAH dosa bayi perempuan ini hingga tergamak ibunya menanamnya hidup-hidup? Nasib baik sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan di Jaipur, Odisha itu ternampak kakinya lalu mereka terus memaklumkan kepada penduduk kampung di situ.

Selepas digali tanah berkenaan, bayi itu masih hidup tetapi dia dikatakan ditanam dalam lubang yang cetek itu dan ditimbus dengan pasir selama enam jam.

Bayi berkenaan kini dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi.

“Dia semakin baik dan kelihatan normal. Bayi itu dilahirkan cukup bulan dengan berat 2.5kg. Ketika dibawa ke hospital, tali pusatnya masih melekat,” kata jurucakap hospital terbabit.

Kakitangan hospital tersebut menamakannya sebagai Dharitti dan akan diserahkan kepada jabatan kebajikan sebaik sahaja dibenarkan keluar hospital.

Kawasan di mana bayi itu ditemui, didiami kebanyakannya oleh penduduk miskin dan keluarga di situ berharap untuk memiliki anak lelaki dengan harapan apabila besar, si anak dapat membantu ibu bapanya.

Mereka juga dikatakan cuba mengelak daripada membesarkan anak perempuan dan atas sebab itulah maka bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa, hanya disebabkan dia dilahirkan sebagai perempuan.

Sementara itu, polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd