• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa, Teman Wanita Dihukum Mati Bunuh Anak Lelaki

oleh
15/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang bapa dan teman wanitanya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia tiga tahun, di sebuah apartmen di Kulai, empat tahun lepas.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu terhadap Mohd Imran Mohd Ramly, 34, dan Norhidayah Mamid, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Pasangan itu didakwa membunuh Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran di sebuah apartmen di Kulai antara 12 malam 16 Dis 2013 dan 6.45 petang, 19 Dis 2013.

Mohd Imran yang merupakan bekas pengurus sebuah syarikat dan Norhidayah yang tidak bekerja dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sequerah dalam penghakimannya berkata walaupun tiada saksi di lokasi kejadian, keputusan boleh dibuat berdasarkan keterangan mengikut keadaan.

“Pakar patologi hospital mengesahkan terdapat kesan pukulan objek tumpul di kepala mangsa secara berterusan selama tiga bulan di mana sepanjang tempoh tersebut, mangsa berada di bawah jagaan kedua-dua tertuduh,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Iffa Zarilla Abd Rahman dan seramai 13 saksi pihak pendakwaan dan empat saksi pihak pembelaan dikemukakan sepanjang perbicaraan yang bermula 12 Jan tahun lepas.

Mohd Imran yang diwakili peguam Normah Mohd Desa kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan terhadap mereka manakala Norhidayah yang diwakili peguam Shahruddin Osman dilihat mengalirkan air mata.

Kedua-dua mereka yang dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka telah memilih memberi keterangan secara bersumpah. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd