Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Semak Semula...

ALOR SETAR - Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyemak semula syarat yang...

Wajib Pasang Pelekat Pemantul...

PUTRAJAYA - Semua kenderaan perdagangan diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya berkuat kuasa Januari...

Video: Guru Tendang, Sepak...

RAKAMAN video memaparkan kebiadapan seorang guru menendang dan memukul kepala pelajarnya kini menjadi...

Lelaki Menembak Mati Isteri,...

BANGKOK - Seorang lelaki menembak mati isteri serta bapa mentuanya sebelum menembak dirinya...

Banteras Jenayah Dadah Fokus Utama Polis Tawau

TAWAU – Penglibatan pelajar dalam kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah ini tidak begitu membimbangkan namun usaha membanteras jenayah itu terus menjadi fokus utama, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus.

Beliau berkata meskipun beberapa sindiket dadah yang aktif di daerah ini berjaya ditumpaskan tetapi jenayah dadah akan terus diperangi habis-habisan.

“Kita akan gempur habis-habisan, dan kita sudah berjaya merampas berkilo-kilo (kilogram) dadah dan usaha ini berterusan termasuk membanteras dadah dalam kalangan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program perkhemahan kor kadet sempena sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-47 Tahun di Dewan Terbuka Datuk Seri Mohd Najib, Merotai dekat sini, hari ini.

Perkhemahan sejak selasa itu melibatkan 713 pelajar dan 104 guru membabitkan 16 kontinjen masing-masing 14 kontinjen dari sekolah menengah di Tawau dan masing-masing sebuah sekolah dari daerah Kunak dan Semporna.


Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Fadil berkata penglibatan pelajar dalam kor kadet polis berupaya menghindari mereka daripada aktiviti penyalahgunaan dadah dan masalah sosial yang lain sekali gus membentuk modal insan pewaris kepimpinan negara.

“Program kor kadet ini khusus untuk remaja ke arah membentuk dan mendidik supaya tidak mudah terjerumus dengan masalah-masalah sosial kerana pelbagai nilai murni dan positif dapat diterapkan dalam kor kadet ini” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori