• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asrama Lelaki SMK Lui Barat, Jempol Terbakar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat, Felda Lui Barat, Jempol, dekat sini musnah dalam kebakaran petang ini.

Kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu mengakibatkan 60 peratus daripada tingkat tiga bangunan tersebut musnah tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berikutan semua pelajar tidak berada di bangunan berkenaan sewaktu kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Mohd Hazren Mohd Zahar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 petang sebelum sepasukan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol, Simpang Pertang dan Bahau digerakkan ke sekolah itu.

“Jentera bomba tiba kira-kira 13 minit kemudian dan mendapati bahagian atas asrama tersebut sudah hangus terbakar 60 peratus,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Hazren berkata kebakaran berlaku ketika semua pelajar berada dalam kelas bagi sesi ulang kaji.

Katanya punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd