Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

TMJ Kecewa Usaha Baik...

JOHOR BAHRU - Isu pemilikan sebidang tanah untuk projek Sistem Transit Aliran Johor-Singapura...

Banjir: 5 Negeri Hampir...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menurun...

Unit Khas Pertahanan Siber...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Unit Khas Pertahanan Siber oleh Kementerian Pertahanan dilihat mampu...

Nak Lari Dari Bayar...

JANGAN sesekali buat jahat, kan dah mendapat!Itu yang terjadi terhadap dua beradik lelaki...

ASEAN Iktiraf Wira Pemuliharaan Biodiversiti

KUALA LUMPUR – Sepuluh individu daripada negara anggota ASEAN akan dinobatkan sebagai Wira Biodiversiti ASEAN pada majlis sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan blok itu, sebagai penghargaan kepada sumbangan serta usaha pemuliharaan dilakukan di negara masing-masing dan di rantau ini.

ASEAN dalam satu kenyataan berkata majlis penganugerahan akan diadakan di Manila, Filipina pada 8 Ogos dan masing-masing akan menerima wang tunai US$5,000, pingat serta sijil penghargaan.

Di samping akan dikenali sebagai wajah-wajah pejuang pemuliharaan biodiversiti di rantau AESEAN, penerima anugerah juga akan menerima hadiah istimewa daripada HARI Foundation Inc.

Setiausaha Agung ASEAN Le Luong Minh berkata, anugerah itu diberikan kepada individu yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada orang lain untuk bersama-sama memperjuangkan pemuliharaan biodiversiti dengan cara tersendiri.

“Ketika negara anggota ASEAN terus bekerja membangunkan negara, mencapai matlamat kemampanan dan bekerjasama dalam inisiatif serantau untuk memulihara serta berkongsi kekayaan semula jadi ASEAN, Wira Pemuliharaan Biodiversiti memainkan peranan penting menyebarluaskan kesedaran betapa perlunya usaha pemuliharaan biodiversiti,” katanya.

Wira Pemuliharaan Biodiversiti antara sumbangan rantau itu untuk sambutan Dekad Untuk Biodiversiti 2011-2020 Bangsa-Bangsa Bersatu – satu peluang baik meningkatkan kesedaran awam mengenai nilai biodiversiti dan menggalakkan tindakan di peringkat kebangsaan, serantau dan tempatan bagi memulihara serta menguruskan warisan semula jadi di dunia secara mampan.


Anugerah itu disokong Jabatan Luar Negara Filipina, HARI Foundation Inc. dan Kesatuan Eropah melalui Pemuliharaan dan Pengurusan Kawasan Perlindungan Biodiversiti di bawah projek ASEAN (BCAMP).

Pengarah Eksekutif Pusat Biodiversiti ASEAN (ACB) Roberto V. Oliva berkata pemenang dipilih dari pelbagai latar belakang termasuk renjer hutan, penyelidik, pengurus taman, ‘taxonomists’ dan pengamal media.

“Mereka adalah wira tidak didendang yang menumpukan sepenuh perhatian kepada kelangsungan hidup manusia,” katanya.

ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dianggotai 10 negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

Kategori