• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Terengganu Rancang Tambah Anggota

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu merancang menambah anggota sehingga 32,000 orang bagi melancarkan lagi pergerakan membantu dan menyelamat.

Pengarah APM Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata sekiranya menjadi kenyataan, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mempunyai seramai 1,000 anggota.

Katanya sehingga kini, APM Terengganu mempunyai kira-kira 28,000 anggota dan bagi mencapai hasrat tersebut pejabat APM di setiap daerah giat membuka peluang pendaftaran dalam kalangan remaja dan belia.

“Bagi yang telah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jika mereka tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana pusat pengajian, APM galakkan mereka mendaftar sebagai anggota sukarelawan APM untuk dilatih dari aspek kemahiran, asas pengurusan bencana dan juga kursus-kursus berkaitan pertahanan awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena ulang tahun APM ke-65 di sini hari ini.

Selain itu, Che Adam berkata transformasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia banyak membawa kebaikan dari sudut pengurusan dan pelaksanaan tugasan.

Antaranya pengurusan Sekretariat Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah dalam menghadapi musim banjir akhir 2016 dan awal 2017, yang terbukti lebih tersusun.

“Semasa banjir yang berlaku pada penghujung tahun lepas, kita telah memberi penekanan kepada beberapa aspek iaitu menjalankan tugas sebagai sekretariat pengurusan bencana dengan begitu baik, APM masih menjalankan operasi menyelamat seperti biasa, pemindahan mangsa banjir, pengurusan di pusat-pusat pemindahan dan pengurusan operasi.

“Kita juga terlibat dalam proses untuk pengumpulan barang-barang bantuan bencana daripada agensi, syarikat swasta, orang awam dan sebagainya untuk diagihkan kepada mangsa banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd