• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Tarik Diri Pemilihan Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan penarikan diri daripada bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, Sabtu ini.

Beliau berkata keputusannya itu dibuat tanpa desakan dan perbincangan dengan mana-mana pihak kerana mahu memberi penghormatan dan laluan kepada pencabarnya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya, beliau memberi penghormatan kepada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytiharkan sebagai presiden FAM yang baharu.

“Tunku Ismail perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu untuk bola sepak Malaysia. Kesungguhan dan komitmen yang dtunjukkan baginda boleh menjadi aset yang penting kepada FAM,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Katanya, pada 16 November tahun lepas, beliau telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Tunku Ismail dengan mencadangkan agar baginda memegang jawatan presiden, selain berjanji untuk mengikhtiarkan agar baginda menang tanpa bertanding.

“Hari ini saya tunaikan janji itu…saya berdoa perubahan yang sekian lama yang dinanti dan dijanjikan akhirnya menjadi realiti,” katanya.

Annuar, yang juga anggota Parlimen Ketereh, berkata keputusan itu diambil secara jujur dan ikhlas demi untuk kebaikan dan masa depan FAM dan bola sepak negara.

“Saya tidak membincangkan dengan sesiapa kerana tidak mahu keputusan itu mempengaruhi saya walaupun dengan isteri saya sendiri,” kata penasihat KAFA itu.

Katanya, keputusan untuk berundur itu tidak menghalang hasratnya untuk tetap menghadiri kongres pemilihan FAM itu.

Katanya, beliau akan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam membantu Kelantan meningkatkan lagi program bola sepak di peringkat akar umbi bagi melahirkan lebih ramai bakat di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd