SEORANG ibu atau ayah boleh menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak belum tentu dapat menjaga ibu dan bapa mereka.
Inilah kisah malang seorang warga emas yang dihalau anak kandung sendiri yang dikongsi oleh seorang pengguna laman mikro Twitter Mieracle (@Ftnamiera_) ketika menaiki pengangkutan komuter Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurut Amiera, dia terdengar perbualan seorang penumpang lelaki dengan seorang warga emas.
Antara butir-butir perbualan antara lelaki itu dan warga emas tersebut adalah seperti berikut.
“Dalam train ni..ada abang tu tanya pak cik ni nak ke mana. Lepastu dia jawab nak ke Tampin balik kampung.. Dia dri rumah anak dia dekat Kajang.. Anak dia mintak dia balik kampung tak payah stay dekat rumah diorang sebab nak masa dengan family sendiri.. Takda masa nak jaga makan minum pak cik ni.. Kesian pak cik ni.. Dia kecil hati dengan anak-anak dia.. Anak dia yang hantar ke KTM Kajang mintak dia balik.. Semua dalam train ni senyap ja sayunya hati.”
Rata-rata netizen yang memberi reaksi kepada status tersebut menzahirkan rasa amarah kepada anak pak cik itu kerana sanggup memperlakukan orang tuanya sedemikian rupa.
Malah tidak kurang juga segelintir netizen yang mendakwa pak cik tersebut terlalu mengikut perasaan.
Bagi netizen yang masih mempunyai orang tua, hargailah masa dan peluang yang ada untuk berbakti serta meluangkan masa bersama mereka sebelum menyesal di kemudian hari. –Â MYNEWSHUB.CC