• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airbus Yakin A380 Akan Pulih Kembali Selepas 2020

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Airbus, pengeluar pesawat yang berpangkalan di Perancis berkata, permintaan untuk jet jumbo seperti A380 akan pulih kembali dalam tempoh tiga tahun apabila permintaan ke atas perjalanan udara di rantau ini dan seluruh dunia, meningkat.

“Ia adalah benar. Pada masa ini, ia berjalan lancar, terlalu lancar. Kini kami telah mengurangkan pengeluaran kami kepada sebuah pesawat sebulan,” kata Presiden Pesawat Komersil Airbus, Fabrice Bregier ketika ditanya sama ada permintaan untuk jet jumbo telah berakhir.

Bagaimanapun, ia bukan bermakna berakhirnya jet jumbo dan permintaan akan pulih apabila perjalanan udara meningkat, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

“Ia ada pasang surutnya, pada permulaan (Boeing) 747 ia mengalami kegagalan besar dan tidak ada pasaran. Saya tidak kata, kami akan mengulangi kejayaan 747
(tetapi) kami menjangka selepas 2020, (A380) akan berada dalam kedudukan untuk meningkat lagi,” katanya.

Boeing 747 adalah pesawat berbadan lebar yang pertama dihasilkan. Ia pertama kali diterbangkan secara komersil pada 1970 dan memegang rekod kapasiti penumpang paling ramai selama 37 tahun.

Menjelaskan lebih lanjut, Bregier berkata, pasaran perjalanan udara meningkat dua kali ganda setiap 15 tahun di seluruh dunia dan di Asia ia berlaku dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.

“(Oleh itu), jika anda ingin terbang ke Amerika Syarikat dan Eropah, dengan kesesakan di lapangan terbang (di sana) dan peruntukan slot, jika anda tidak menggunakan pesawat lebih besar, anda akan kehilangan penguasaan pasaran anda.

(Berikutan itu), anda akan melihat gelombang kedua A380 apabila kita mencapai kesesakan ini,” kata Bregier dengan menambah, permintaan akan turut disokong oleh pembaharuan kumpulan pesawat sedia ada.

Setakat akhir Februari 2017, terdapat 208 buah A380 dalam operasi dengan 18 pelanggan, termasuk Malaysia Airlines Bhd, dengan enam pesawat. Emirates adalah pelanggan A380 terbesar dengan 142 tempahan, di mana 93 sudah diserahkan.

Ditanya dari mana permintaan dijangka diperoleh, Bregier berkata: “Jika saya pilih China dengan pertumbuhan trafik antarabangsa, mereka memerlukan pesawat seperti itu.

“Oleh itu, adalah jelas dari segi model perniagaan kerana A380 sangat kompetitif dengan keupayaannya membawa 500 penumpang.

“Dan ia boleh diubah suai kepada 700 penumpang dengan mudah, (yang bermakna) kita mempunyai kes perniagaan lebih baik untuk A380,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: Airbus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

08/05/2024
0

Kuala Lumpur : Syarikat Airbus Helicopters mengesahkan menawar H225M dalam pembidaan untuk program perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia...

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina Airbus Sedia Dilancarkan

14/06/2022
0

TOULOUSE: Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana Perancis dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd