• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aiman Tino Impi Beli Rumah Untuk Ibu-Bapa

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Aiman Tino berhasrat untuk membeli sebuah rumah sebagai hadiah kepada untuk ibu-bapanya atas pengorbanan mereka sehingga dia berada pada tahap hari ini.

Aiman berkata dia berharap dapat melaksanakan impian itu dalam tempoh setahun atau dua lagi kerana ingin memberi keselesaan kepada mereka dan adik-beradiknya.

“Kejayaan saya hari ini tidak akan ada tanpa bantuan, sokongan dan dorongan ibu bapa saya malah lagu Ku Rela Dibenci itu sendiri hasil ciptaan mereka.

“Menjadi hasrat saya jika ada rezeki lebih nanti, saya ingin beli sebuah rumah yang selesa untuk mereka dan keluarga sebagai membalas jasa ibu-bapa.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk membantu keluarga sekarang kerana banyak yang mereka sudah lakukan untuk saya,” katanya kepada mStar Online.

Aiman Tino Impi Beli Rumah Untuk Ibu-Bapa
Aiman baharu sahaja melancarkan produk Sweet Aiman.

Mengecapi kejayaan pada usia muda, Aiman berkata, dia sentiasa berpegang kepada nasihat ibu-bapanya iaitu Yusri Ismail dan Hazelina Mat Jali yang mahukan dia sentiasa merendah diri.

Kata Aiman, mereka tidak mahu dia hanyut dalam populariti kerana ia mampu merosakkan dirinya.

“Apa yang saya lalui sekarang memang tak pernah ada dalam fikiran saya dan jika diikutkan saya masih terkejut dan seolah-olah tidak percaya.

“Tetapi ibu-bapa sentiasa memberi nasihat dan mengingatkan agar sentiasa merendah diri, berbuat baik pada orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, Aiman berkata, dia juga lebih selesa karier seninya diurus dan dipantau oleh orang tuanya terutama dalam membuat sebarang keputusan. – mStar Online

Tags: aiman tinopenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penculik Pulau Pom Pom Dibunuh Tentera Filipina

Next Post

Lelaki Suap Kucing Ke Mulut Anjing!

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Aiman Tino Masuk UMNO

Aiman Tino Masuk UMNO

17/03/2023
0

KUALA KUBU BHARU : Penyanyi, Aiman Tino, 25, menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian ahli UMNO di Pejabat UMNO Bahagian...

Next Post

Lelaki Suap Kucing Ke Mulut Anjing!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd