• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

42 Pelajar SMK Pondok Upeh Keracunan Makanan

oleh Ahmad Albab
10/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Seramai 42 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pondok Upeh, di sini mengalami sakit perut dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan.

Tiga puluh dua pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki berusia antara 13 dan 17 tahun itu dilapor mengalami cirit-birit, muntah, loya dan pening selepas makan kari ayam di kantin asrama sekolah itu, pada 6.30 petang semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang melawat pelajar-pelajar itu yang menerima rawatan di Hospital Balik Pulau berkata kesemua mereka dilapor dalam keadaan stabil.

“Pelajar-pelajar itu memberitahu mereka makan kari ayam semalam dan mula mengalami ciri-birit, muntah, loya dan pening sejak pukul 9 malam tadi dan berlarutan hingga pagi ini.

“Pihak sekolah membawa semua pelajar terlibat ke hospital awal pagi ini selepas melihat keadaan mereka semakin lemah,” katanya di sini hari ini.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata Jabatan Kesihatan Negeri telah menjalankan siasatan di dapur asrama berkenaan dan mengambil beberapa sampel makanan antaranya ayam serta peralatan seperti papan pemotong, periuk yang digunakan untuk memasak ayam dan pisau pemotong ayam.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan Jabatan Kesihatan negeri mengarahkan premis dapur asrama itu ditutup mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Saya juga meminta pihak Jabatan Pelajaran Negeri mengambil tindakan segera dengan membuat pemeriksaan secara berkala di kantin sekolah dan kantin asrama sekolah bagi memastikan pengusahanya menjaga kebersihan,” katanya. – BERNAMA

Tags: keracunanpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd