• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,000 Rumah Ditukar Status Lot Antarabangsa

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan pertukaran itu, kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).

Hasil itu merupakan bayaran pemaju kepada kerajaan negeri yang ditetapkan bagi pemohonan pertukaran status hartanah di negeri ini, katanya.

“Ia melibatkan rumah yang harganya lebih daripada rumah mampu milik tetapi kebanyakannya rumah mahal dan mewah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Katanya lagi, pelepasan penukaran status hartanah turut dilakukan di negeri lain namun prosedurnya berbeza.

“Selain itu, negeri lain seperti Selangor juga amalkan konsep pelepasan lot Bumiputera, jadi pembangkang tak boleh nak salahkan Johor kerana semua negeri laksanakannya,” kata Mohamed Khaled.

Justeru, beliau menegaskan pertukaran status itu tidak melibatkan RMMJ sekali gus menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan penukaran status itu melibatkan RMMJ.

Tambahnya, jika wujud ketirisan, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan. – BERNAMA

Tags: Khaled NordinRMMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd