• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Sumbat Lembu Dalam Toyoto Vios Gagal

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Cubaan tiga lelaki untuk mencuri seekor lembu di Kampung Pantai Sepat di sini gagal selepas tindakan mereka cuba memuatkan seekor lembu ke dalam kereta Toyota Vios disedari seorang penduduk di sini, pagi ini.

Saksi Mohd Amirul Azahar, 24, berkata beliau menyedari kejadian itu sekitar 6.30 pagi, semasa dalam perjalanan ke Kampung Cempaka di sini, untuk menangkap ikan.

3 Lelaki Sumbat Lembu Dalam Toyoto Vios Gagal

3 Lelaki Sumbat Lembu Dalam Toyoto Vios Gagal

“Tiga lelaki itu kemudiannya melarikan diri ke dalam belukar berhampiran apabila menyedari kehadiran saya.

“Saya kemudiannya memanggil penduduk kampung dan kami berpecah untuk mencari mereka, tapi tidak berjumpa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Amirul menambah penduduk kampung percaya lembu itu telah diberi ubat pelali bagi melemahkannya kerana terdapat ubat berkenaan di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh semasa dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata setakat ini, polis sedang mengesan pemilik kenderaan itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum menerima laporan polis daripada pemilik lembu itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: curi lembu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berputih Mata Selepas Dilanggar Anak Pemilik Lembu

23/07/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang lelaki untuk 'melarikan' lembu milik seorang peneroka di Lurah Bilut, Bentong tidak kesampaian apabila kenderaannya dilanggar...

Sindiket Curi Binatang Korban Semakin Licik

21/07/2018
0

KOTA BHARU - Sindiket mencuri lembu dan kambing untuk dijual sebagai binatang korban sempena Aidiladha semakin licik apabila pelaku menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd