• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berputih Mata Selepas Dilanggar Anak Pemilik Lembu

oleh Cj Mnh
23/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hasrat seorang lelaki untuk ‘melarikan’ lembu milik seorang peneroka di Lurah Bilut, Bentong tidak kesampaian apabila kenderaannya dilanggar anak pemilik ternakan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Yusof Unis berkata pada kejadian 11 pagi tadi, pengadu sedang membuat laporan di balai polis Lurah Bilut mengenai kehilangan lima ekor lembu di ladang itu.

“Bagaimanapun, semasa berada di balai polis, dia menerima panggilan telefon daripada bapanya memaklumkan terdapat dua kenderaan bersama seekor lembu.

“Pengadu dan anggota polis segera ke lokasi kejadian dan mengejar kenderaan tersebut yang menuju ke arah bandar Bentong,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Yusof menambah pengadu berjaya melanggar sebuah daripada kenderaan itu di hadapan sebuah restoran rangkaian makanan segera di bandar Bentong, manakala sebuah lagi kenderaan dapat meloloskan diri ke arah Raub.

Katanya, kenderaan yang dilanggar itu dinaiki lima lelaki, namun empat daripada mereka telah melarikan diri.

“Hanya pemandu kenderaan yang berusia 27 tahun dapat ditahan bersama-sama dengan seekor lembu yang dipercayai milik bapa pengadu,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: curi lembudilanggar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Gajah Mati Dilanggar Lori Ayam, Melintas Tiba-tiba

Anak Gajah Mati Dilanggar Lori Ayam, Melintas Tiba-tiba

11/05/2025
0

GERIK: Situasi menyayat hati seekor gajah betina seakan 'meratapi' kematian anaknya yang dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli...

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd